Wednesday, 7 March 2012

SITUASI 3: LIRIK LAGU MEROSAKKAN BAHASA??

Apa yang saya ingin kongsikan hari ini ialah tentang lirik lagu. Sewaktu asyik mendengar radio petang tadi, saya terdengar sebuah lagu yang boleh di katakan sangat merosakkan bahasa. Hal ini kerana, lirik lagu tersebut mncampurkan sari kata bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Ya, memang saya tidak nafikan, lagu ini menjadi siulan anak muda kerana melodinya cukup enak di dengar malah saya sendiri terikut untuk menyanyikannya. Bagi sesetengah orang, benda ini sangat remeh, namun perlu diketahui, lirik lagu juga boleh menyebabkan sesuatu bahasa itu rosak kerana melalui lagu, sesuatu bahasa itu dapat di fahami. Oleh yang demikian, saya berharap, masalah ini dapat di bendung dan semua pihak haruslah bekerjasama dalam memartabatkan bahasa kita.



Contoh Lirik lagu : Kantoi- Zee Avi

Semalam I call, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I call Tommy he said its wasn't true
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai...you, you tak ada
Lagi la I jadi gila
So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain
Sudahlah sayang, I dont't believe you
I've always known thats ur words were never true
Why I'm with you?
I pun tak tau
No wonder la my friends pun tak suka you
So I guess thats the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tau she was cheating too
With her ex boyfriend's best friends.. Tommy





BAHASA JIWA BANGSA

Tuesday, 6 March 2012

SITUASI 2 : PANGGILAN DALAM KELUARGA

Suatu ketika dahulu, saya pernah berkunjung ke rumah kawan saya di sebuah kampung yang boleh dikatakan agak pedalaman. Apa yang saya tertarik untuk kongsikan adalah penggunaan panggilan dalam keluarga mereka. Pada mulanya saya berasa sangat pelik bila sahabat saya itu membahasakan dirinya sebagai "aku" kepada kedua orang tuanya. Namun begitu, saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak berani bertanyakan hal tersebut bimbang mengecilkan hatinya. Biasanya kita menggunakan panggilan yang sopan dengan kedua ibu bapa kita. Bagi saya penggunaan panggilan aku apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa sangat kurang sopan kerana agak kasar bunyinya. Contohnya masyarakat di Besut, Terengganu, mereka menggunakan panggilan "kita", "orang" bagi membahasakan diri apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa . Oleh yang demikian, penggunaan panggilan dalam keluarga berbeza mengikut adat, budaya, situasi dan sebagainya. Panggilan dalam keluarga anda pula bagaimana??

contoh panggilan dalam keluarga
ayah, abah, papa
ma, mama, ibu, emak
along
angah
acik
alang 
adik










 

Monday, 5 March 2012

SITUASI 1 : BAHASA ROJAK

Bahasa rojak?? Apa itu bahasa rojak? bahasa rojak merupakan satu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu prtuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan bahasa Inggeris. Yang pasti, bahasa rojak sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita setiap hari.Setiap orang tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Sesuatu bahasa itu boleh musnah dan hilang keupayaannya jika bahasa rojak ini terus digunakan secara berterusan dan tidak dibendung.Tidak dinafikan, saya sendiri adakalanya menggunakan bahasa rojak sebagai bahasa pilihan. Ibarat kata pensyarah sosiolinguistik saya, bila berada dinegara orang, kita ingin menunjukkan setia bahasa kita dengan menggunakan bahasa ibunda, sedangkan bila berada dinegara sendiri, setia kepada bahasa itu hilang dengan menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan. 

Contoh penggunaan bahasa rojak :





 BAHASA JIWA BANGSA