Thursday, 29 March 2012

SITUASI 20 :KURIK KUNDI

Sewaktu menyiapkan tugasan sambil mendengar radio petang tadi, saya terdengar lagu KURIK KUNDI yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nur Haliza. Apa yang istimewanya lagu ini ialah, ia menggabungkan semua loghat setiap negeri di Malaysia. Selain itu juga, lagu ini turut menyelitkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. 

"kurik kundi"

Lirik Lagu kurik kundi-Dato Siti Nur Haliza

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda
Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...

Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya

( Perak )
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza

Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...

Pada pendapat saya, lagu kurik kundi ini menggambarkan budaya dan bahasa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Lagu turut memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat di negara kita. Kita haruslah bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman serta mempunyai keunikannya yang tersendiri. Marilah kita bersama-sama menjaga keunikan ini demi kedaulatan negara.

Wednesday, 28 March 2012

SITUASI 19 : BAHASA ISYARAT

Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang berkeperluan khas pendengaran untuk berkomunikasi dengan orang ramai iaitu pekak dan bisu. Bahasa isyarat menggunakan komunikasi secara manual, iaitu menggunakan bahasa tubuh seperti tangan dan gerak bibir, bukannya menggunakan suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa isyarat ini sangat unik kerana pengguna bahasa ini mampu berkomunikasi dengan pengguna bahasa yang berlainan bahasa, agama dan budaya. Saya sendiri pernah berkomunikasi dengan jiran ibu saudara saya yang bisu dan pekak. Namun komunikasi kami terganggu kerana saya tidak dapat memahami apa yang dia ingin sampaikan sehinggakan ibu saudara saya terpaksa menterjemahkannya. Apa yang menariknya, bagaimana orang-orang disekelilingnya yang tidak ada asas langsung mengenai bahasa isyarat dapat memahaminya? Munkin mereka sudah terbiasa berkomunikasi dengan mereka yang bermasalah pendengaran ini. 

bahasa isyarat

Pada pendapat saya, bahasa isyarat memudahkan komunikasi antara orang normal dengan orang berkeperluan khas. Tanpa isyarat-isyarat ini, sudah tentu kita tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Orang normal yang menguasai bahasa isyarat ini dianggap mempunyai satu kelebihan kerana tidak semua orang mampu memahami dan menguasai bahasa ini. 

"bisu atau pekak" 


Tuesday, 27 March 2012

SITUASI 18 : BAHASA BADAN


Bahasa badan merupakan salah satu cara untuk menyampaikan sebuah komunikasi dan yang pasti bahasa badan ini sudah tentu difahami oleh penerimanya. Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji tentang bahasa badan dalam komunikasi manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan mesej cuma sekitar 7%, 35% bergantung pada suara, intonasi dan kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh lagi iaitu 55% bergantung kepada bahasa badan, memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan. Disini dapat saya senaraikan beberapa bahasa badan yang sering kita lakukan dalam komunikasi seharian.


  • Dia melihat diluar tingkap dan melihat orang lalu : Mungkin dia ada komitmen lain diluar atau rasa sesuatu lebih penting.

  • Melihat tepat kemuka kita bila kita bercakap : Mungkin dia nak tahu cerita selanjutnya.

  • Lihat jam di tangan atau didinding : Mungkin kesuntukan masa yang dirancang ataupun dia tiada masa untuk layan anda.

  • Memandang ke atas, meletakkan tangan di dagu, merenung kawasan yang kosong atau menoleh kekiri atau kekanan secara perlahan : Mungkin dia sedang berfikir untuk membuat pertimbangan idea anda.

  • Mimit muka, berkerut, mengerut kening : Mungkin dia tidak percaya atau curiga kata-kata kita itu.

  • Menarik nafas dalam, menggeliat : Mungkin dia mula bosan dengan cakap anda.

  • Membuat kerja lain ketika anda bercakap : Mungkin dia rasakan apa yang anda cakapkan tidak penting ataupun dia sengaja tidak mahu ambil perhatian atau bosan.

  • Berpeluk tubuh ketika berbincang : Mungkin ada sesuatu rahsia yang disimpan dan disorokkan dari pengetahuan anda.


  • Pada pendapat saya, kadang-kadang secara tidak langsung dan tidak sedar kita menggunakan bahasa badan dalam komunikasi seharian. Melalui bahasa badan, sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan jelas. Namun begitu, tidak semua bahasa tersebut difahami oleh penerimanya. Hal ini kerana, bahasa badan hanya difahami oleh orang yang biasa menggunakannya sahaja.