Monday, 16 April 2012

SITUASI 26: BAHASA KANAK-KANAK

Seminggu cuti pertengahan semester membuatkan hati terasa berat untuk meninggalkan kampung. Tidak puas rasanya bersama kelurga tersayang lebih-lebih lagi selepas ini kami di semester enam tidak mempunyai cuti kerana terus praktikum. Situasi kali ini bukanlah untuk bercerita tentang cuti tetapi mengenai anak saudara kesayangan saya yang berusia 3 tahun. Kadang-kadang saya tidak dapat menduga apa yang difikirkan oleh seorang kanak-kanak. Keletahnya membuatkan kami sekeluarga tidak kering gusi.
"Pertuturan lancar dalam kalangan kanak-kanak bukan berlaku secara tiba-tiba, tetapi menerusi pelbagai proses yang rencam. Usaha tersebut memerlukan latihan intensif dalam proses perkembangan bahasa melalui pelbagai tahap sehinggalah wujud perubahan yang sempurna. Hakikatnya, kebolehan berbahasa kanak-kanak ditunjangi oleh perkembangan fizikal dan intelektual. Perkara yang paling mengagumkan, pada usia seawal beberapa bulan, kanak-kanak telah dapat berkomunikasi dengan orang di sekitarnya. Berkaitan dengan fenomena berkenaan, Miler dan Gildea (1987) mengulas bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara spontan, tetapi bertahap. Kebolehan berbahasa kanak-kanak dikatakan berkembang seiring dengan perkembangan fizikal, mental, intelektual dan sosial. Oleh sebab itu, perkembangan tersebut dikaitkan dengan keseimbangan dinamik atau satu rangkaian yang bergerak daripada bunyi sederhana kepada komunikasi kompleks."
sumber :http://dradenanayob.blogspot.com/2010/01/proses-perkembangan-bahasa-kanak-kanak.html


contoh bahasa kanak-kanak (loghat Kelantan)

makan- mam
minum susu-neneng/pek
mama- ma
papa- pa
buang air besar-uk'uk (bunyi)
cium-sayang



"keindahan zaman kanak-kanak"

Pada pendapat saya, kanak-kanak mempunyai bahasanya tersendiri. Adakalanya, kita sendiri tidak memahami apa yang dituturkan. Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Semakin meningkat umur mereka, semakin banyak kosa kata yang diketahuinya terutama selepas mengetahui bahasa kedua semasa alam persekolahan nanti. Saya rindu zaman kanak-kanak saya!

Friday, 6 April 2012

SITUASI 25: PAPAN TANDA, ISYARAT, PENUNJUK ARAH


Papan tanda penting sebagai petunjuk arah terutama kepada pengguna jalan raya. Ia memudahkan kita menuju kedestinasi tanpa perlu bertanya arah daripada orang ramai atau berhenti di tepi jalan yang munkin membahayakan nyawa. Pernah kita terfikir jika kehidupan kita tanpa papan tanda atau penunjuk arah? Munkin kita akan tersesat jalan malah sesuatu destinasi itu sukar untuk dituju tanpa papan tanda yang ada disepanjang perjalanan tersebut.
contoh papan tanda

lambang hospital

lambang masjid

lambang tandas

Pada pendapat saya, sesuatu itu direka pasti mempunyai kepentingannya tersendiri. Tanpa papan tanda, kita tidak dapat menganggar jarak sebenar perjalanan kita malah kita sukar untuk mengetahui  sesuatu tempat yang tidak pernah kita pergi. 

Thursday, 5 April 2012

SITUASI 24 :KISAH SIBUTA

Situasi yang ingin saya kongsikan hari ini ialah mengenai kisah jiran saya yang buta. Suatu petang, saya sedang menikmati minum petang dibangku anjung rumah. Tidak lama kemudian, datang jiran saya Abg Miji yang cacat penglihatan sejak azali lagi ketempat saya minum tersebut. Apa yang saya hairankan, dia seakan-akan tahu saya berada disitu sedangkan saya langsung tidak bercakap. Lalu saya bertanya bagaimana dia mengetahui saya berada disitu.

saya       : Abg Mijie..cmne ley tau angah ada kat sini?
A.Mijie  : Hahaha..aku nampak lah ko dok sini...ingat aku buta ke?
saya     : Dahtu kalo Abg Mijie nampak..nape pakai tongkat mase nk jalan..dahtu angah pakai baju warna    pe?
A.Mijie : Amboi..yang tu xley lah aku jwb..ko dah tau aku buta..napa ko tanya lagi?
saya      : Tulah sbb angah tanya..dahal angah xcakap dan x gerak pom..p abg Mijie tau angah kat sini.
A.Mijie : Adalah rahsianya...kalo ko buta..ko taulah cmne...hahaha..budak ni..aku cepuk jugak karang..
saya      : Ala..kedekut lah..angah nak tau je..xmo lah buta..mcm susah je
A.Mijie : Ko tgok aku susah k? Sampai skarang aku leh hidup..adalah tu hikmah Allah bg aku buta camni.. sekurang-kurangnya..aku ad kebolehan mengurut orang.
saya  :Okey Abg.Mijie...saja je tanya...dahla..ni mkn karipap...rezeki Abg Mijie arini..mama buat karipap td..best tau...(sambil menghulurkan secawan teh dan karipap)
A.Mijie  : Nak rasa yg ko buat bile lak?? 
saya      : Nanti sy khwin! (sambil gelak)


Berdasarkan situasi tersebut, saya dapat menyimpul, orang buta mempunyai deria rasa yang tidak ada pada manusia normal. Hal ini kerana, masakan jiran saya itu dapat mengetahui kewujudan saya disitu. Oleh yang demikian. kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.