Friday, 27 April 2012

SITUASI 35: DIKIR BARAT

pertandingan dikir barat
Bagi masyarakat yang bukan berasal dari negeri Kelantan, tentunya mereka sukar untuk memahami lagu Dikir Barat. Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan "Barat" ini bermakna Selatan Negeri Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada satu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara tidak langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan. Disini saya ingin brkongsi lirik lagu "DIKIR ANAK TUPAI" yang dinyanyikan oleh tukang karut terkenal iaitu Halim Yazid.

Artis: Halim Yazid
Lagu: Anak Tupai


Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perok lapar, jale cari make,

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
kalu pasal 
jakit kot dahe, diolah yang paling panda,
jatuh jare-jare kerano dio tok soba,

pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,
nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok 
manggok,
jange telajok manggok,

ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,
pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual

Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,
nyo pakat 
likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi,
kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi

Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok
jale bawok anok

raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,
kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,
bulu-bulu pun habih luruh, air mata 
bera-bera,
mari dale baroh, bekali kena racun 
tebaka


 Pada pendapat saya, lirik lagu dalam dikir barat lebih banyak memberi unsur pengjaran kepada masyarakat kita pada hari ini. Melalui dikir barat, unsur kemelayuan dapat dikekalkan kerana kaum lain tidak mempunyai lagu sebegini. Generasi hari ini perlu didedahkan dengan lagu-lagu rakyat agar ia tidak lapuk dek hujan, dan tidak lekang dek panas.


Wednesday, 25 April 2012

SITUASI 34 : KUIH-MUIH DI KELANTAN


Hari ini, saya ingin berkongsi jnis kuih muih tradisional yang terdapat di negeri Kelantan. Munkin tiada ditempat anda atau memanggilnya dengan panggilan yang lain. Biasanya, pada bulan Ramadhan, kuih-muih ini dijual dibazar-bazar Ramadhan. Kuih-muih di Kelantan terkenal dengan rasa manisnya, munkin orang-orang Kelantan ini manis-manis agaknya.

'tepung bungkus'
'cek mek'
'butir nagka'

'kuih sagu'
'akok'

'jala mas'
'lompat tikam'

'ondeh-ondeh'
'tepung pelita'










'buah tanjung'

Terlalu banyak kuih-muih tradisional yang terdapat di Kelantan ini. Kuih-muih tradisional ini masih menjadi santapan anak muda pada masa kini walaupun terdapat pelbagai jenis kuih-muih dan kek yang lebin moden. Semoga dengan kuih-muih ini dapat mengekalkan imej kita sebagai orang Melayu.

Tuesday, 24 April 2012

SITUASI 33 : BUAH-BUAHAN DALAM DIALEK KELANTAN

Dalam dialek Kelantan, kebanyakan nama buah-buahan berbeza dari segi panggilan atau gelarannya. Disini saya dapat saya senaraikan beberapa contoh buah-buahan yang berbeza sebutaan dalam dialek kami.

 rambutan-mokte'  
manggis-woh seto'
ciku-sawo nilo
kelapa- nyiur
mangga-pauh
tembikai-timun cina
Pada pendapat saya, setiap daerah atau tempat memanggil buah-buahan dengan panggilan tertentu dan berbeza dengan bahasa standard. Jadi, jika anda berkunjung ke Kelantan, jangan terkejut jika anda mendengar panggilan buah-buah diatas dengan panggilan yang lain. Bagaimana pula dengan panggilan buah-buahan di tempat anda??