Sunday, 11 March 2012

SITUASI 6 : GILA??

Situasi bahasa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah tentang penggunaan perkataan 'gila' diakhir perkataan semasa berkomunikasi . Situasi ini berlaku semasa saya dan memuat turun gambar kawan saya yang berkahwin baru-baru ini dalam "mukabuku". Selepas beberapa minit, seorang sahabat saya memberi komen kepada gambar tersebut.

Situasi
SI  A  : "cantik GILA Noha !! Naik seri pengantin..papepon..selamat pengantin baru buat Noha dan Rafaei.. 
SAYA:  Kalau ya pun cantik..xkan sampai gila kot?? heheheh
SI  A   : Yelah..teruja tengok orang kahwin..x sabar lak nak kahwin..ko punya bila lak??
SAYA : Lambat lagi kot..tunggu ko dulu..baru sampai turn aku..hehehe


cantik 'gila'

Apabila diperhatikan, ayat tersebut merupakan ayat yang salah dari segi susunan tatabahasanya. Selain itu,  ayat tersebut menggunakan dua kata adjektif dalam satu ayat iaitu 'cantik'  dan 'gila' . 'Gila' disini adalah untuk menegaskan bahawa betapa cantiknya kawan saya tersebut dipandangan matanya. Biasanya penggunaan kata 'gila' ini hanya diletakkan dibelakang kata adjektif. Contoh :

gemuk gila
kurus gila
besar gila
penat gila
sakit gila


Sebenarnya terdapat banyak lagi penggunaan kata 'gila' dalam kehidupan seharian kita. Pada pendapat saya penggunaan kata 'gila' ini tidak seharusnya digunakan untuk menunjukkan darjah perbilangan yang paling tinggi. Penggunaan kata 'gila' ini boleh memberi kekeliruan kepada pengguna bahasa sama ada apa yang diberitahu itu bersifat gila ataupun sebagai kata penegas sahaja. Oleh yang demikian, dalam memartabatkan bahasa Melayu, kita seharusnya sensitif dengan perkataan ini dan tidak menggunakannya dalam perbualan seharian.

Friday, 9 March 2012

SITUASI 5: PENGGUNAAN 'OK'

Penulisan kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian. Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan, mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Pensyarah subjek Karya Agung saya iaitu Prof Emiretus Abdullah Hassan sangat menekankan kepada pelajar-pelajarnya supaya menggunakan bahasa Melayu tinggi dan penggunaan ok didalam kelasnya tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan ok dapat kita lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut terbiasa dengan perkataan itu. Sewaktu merakamkan video pengajaran video untuk subjek (KPD 2056) minggu lepas, saya turut tersasul menyebut perkataan ok kepada pelajar-pelajar di hadapan saya.

contoh:
"saya : ok..cikgu nak kamu semua perhatikan teks yang diberikan, kemudian cari isi penting tentang keburukan merokok.."



Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok' ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. 


BAIKLAH (^____^)

Thursday, 8 March 2012

SITUASI 4 : BAHASA KEBANGSAAN

Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah tentang bahasa kebangsaan..seperti yang kita susah sedia maklum, bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah jelas diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, semua rakyat Malaysia wajib menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Namun begitu, bukanlah beerti mereka harus melupakan bahasa ibunda mereka terus. Satu hal yang saya kurang berpuas hati apabila kaum selain kaum Melayu masih tidak boleh menguasai bahasa Melayu. Ya, saya tidak nafikan mereka sangat setia dengan bahasa ibunda mereka, tetapi amat tidak wajar kerana kerajaan sudah menetapkan bahawa bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Masalah dalam komunikasi seharian antara rakyat pelbagai kaum akan timbul jika masalah ini tidak dibendung.




CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA