Saturday, 21 April 2012

SITUASI 30 : TANGGAPAN AWAL MASYARAKAT

Hari ini saya dan seorang sahabat saya pergi ke pasar malam membeli makanan untuk berbuka puasa. Ketika hendak pulang, saya terdengar perbualan sekumpulan pelajar UPSI yang mengatakan seorang pelajar UPSI meninggal dunia akibat bunuh diri. Walaupun saya terkejut dengan berita tersebut, namun saya masih tidak mempercayainya kerana munkin tersilap dengar berita atau berita palsu yang disebarkan sahaja. Maklumlah wartawan tak bertauliah lebih ramai daripada wartawan sebenar. Namun begitu, sesampai di rumah, kesemua rakan serumah saya berkumpul di ruang tamu dan topik utama mereka bercerita ialah mengenai kes bunuh diri. Berita tersebut telah tersebar meluas di laman "muka buku". Apa yang ingin saya kongsikan pada entry kali ini ialah mengenai tanggapan awal masyarakat kita apabila mengetahui sesuatu perkara. Antara tanggapan awal yang saya dengar mengenai kes ini ialah :

"kematian itu pasti"

1) munkin budak ni sakit jiwa kot..
2) tak ingat Allah 
3) bunuh diri tak bau syurga 
4) mesti gaduh dengan teman lelaki
5) mesti UPSI berhantu lepas ni
6) sianya...rupa cantik..tapi cetek akal
7) munkin dia kena tolak dari belakang
8) ada orang niat nak bunuhkan dia
9) munkin ada makhluk lain yang ada dalam dirinya 

Itu adalah tanggapan awal yang saya dengar dan baca dalam komen serta status di "muka buku" . Sebenarnya tanggapan awal ini semuanya tidak betul jika tiada bukti yang sahih dan kes ini masih dalam siasatan polis lagi. Tanggapan awal ini hanya mengaibkan mangsa dan pada pandangan saya, setelah melihat rupa arwah, semua persepsi dan tanggapan awal yang saya dapat tadi tidak benar. Apa yang saya perhati dari fizikal arwah, arwah seorang yang boleh dikatakan warak serta patuh perintah agama. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang berdasarkan kenyataan kawan-kawan rapatnya. Tapi saya tidak boleh menolak bahawa kemungkinan beliau mempunyai tekanan atau masalah yang kita tidak tahu sehingga mendorong beliau melakukan perkara tersebut. Apa yang saya harapkan, cukuplah menyebarkan berita palsu tentang kematian arwah. Cukuplah kita berdoa semoga arwah tenang di sana serta memperbaiki diri kita sendiri. Apa yang berlaku biarlah Allah dan arwah sahaja yang tahu. Innalillahiwainnailaihirojiun..daripadaNya kita datang...kepadaNya jua kita kembali. Semoga rohnya tenang disana. Amin..

ps: Kami mohon kpdMu perasaan rela menerima ketentuan takdirMu serta kedamaian hidup selepas kematian. Kami mohon kpdmu agar dapat melihat wajahMu yg mulia serta kerinduan utk bertemu dgnMu tanpa ada yg mhalangi diri kami.

Thursday, 19 April 2012

SITUASI 29 : PERMAINAN ZAMAN KANAK-KANAK

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah intuk dikenang. Di sini, saya hanya ingin berkongsi tentang permainan tradisional yang pernah saya main sewaktu zaman tersebut. Saya pasti, kanak-kanak alaf baru sudah tidak mengenali permainan sebigini.

"batu selambut/batu seremban"

"pusing pelita/cari cucu"
"baling tin"

"lompat getah"
"congkak"

"tutup botol"
"kosong game/teng-teng"













Pada pendapat saya, permainan tradisional ini lebih menarik dimainkan jika dibandingkan dengan permainan moden zaman sekarang. Namun begitu, kita tidak boleh salahkan mereka yang tidak mengenali permainan ini kerana pengaruh tekonologi yang ada zaman sekarang menyebabkan permainan ini sudah terpinggir. Yang pasti, kanak-kanak yang lahir tahun 80-an akan tahu dan pernah memainkan permainan ini suatu masa dahulu. 

Wednesday, 18 April 2012

SITUASI 28 : BAHASA BAKU


"Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan” .Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut."


Kelebihan bahasa baku
a) Sebutan baku sebagai sebutan rasmi dalam situasi formal
Penyeragaman dalam sebutan akan menyebabkan bahasa Melayu dapatdigunakan di dalam pelbagai situasi yang formal. Malah bahasa Melayu akandapat menjadi bahasa ilmu di dalam bidang pendidikan apabila terdapatkeseragaman dari segi sebutan. Bahasa yang sebutannya seragam akanmenjadi lebih mantap dan dapat berkembang pesat..
b) Sebutan baku sebagai alat perpaduan
Penggunaan sebutan baku melalui media-media elektronik sekurang-kurangnya dapat merapatkan jurang di antara penutur-penutur berbilang dialek yang terdapat di negara kita. Dengan adanya hanya satu jenis sebutan, kaum-kaum atau kelompok-kelompok sesuatu dialek akan mudah berinteraksi danseterusnya akan wujud perasaan saling hormat menghormati. 
c) Sebutan baku memudahkan pembelajaran
Bagi yang hendak mempelajari bahasa Melayu, sebutan baku akanmemberikan kemudahan kepada mereka. Ini disebabkan sebutan baku bahasaMelayu adalah dituturkan berdasarkan ejaan memandangkan telah ditentukankeselarasan vokalnya. Jadi tidak timbul kekeliruan untuk menyebut sesuatu perkataan.
d) Sebutan baku memberikan identiti Malaysia
Apabila terdapat keseragaman di dalam sebutan, pasti wujudlah sebuahmasyarakat yang mempunyai identiti Malaysia. Bagi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia, aspek bahasa amat penting supaya Malaysia dapatmenonjolkan bahasa Melayu yang hanya terdapat satu jenis sebutan sahaja.Masyarakat antarabangsa akan mengenali Malaysia melalui bahasa Melayuyang mempunyai identitinya sendiri iaitu sebutan baku

Pada pendapat saya, tidak ada ruginya jika kita berkomunikasi dalam bahasa baku. Memang kita rasa janggal kerana kita sudah terbiasa dengan bahasa slanga. Bahasa baku ini harus diwajibkan kepada kakitangan kerajaan atau swasta yang sentiasa berkomunikasi dengan orang luar bagi memartabatkan bahasa ibunda kita.