Tuesday, 6 March 2012

SITUASI 2 : PANGGILAN DALAM KELUARGA

Suatu ketika dahulu, saya pernah berkunjung ke rumah kawan saya di sebuah kampung yang boleh dikatakan agak pedalaman. Apa yang saya tertarik untuk kongsikan adalah penggunaan panggilan dalam keluarga mereka. Pada mulanya saya berasa sangat pelik bila sahabat saya itu membahasakan dirinya sebagai "aku" kepada kedua orang tuanya. Namun begitu, saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak berani bertanyakan hal tersebut bimbang mengecilkan hatinya. Biasanya kita menggunakan panggilan yang sopan dengan kedua ibu bapa kita. Bagi saya penggunaan panggilan aku apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa sangat kurang sopan kerana agak kasar bunyinya. Contohnya masyarakat di Besut, Terengganu, mereka menggunakan panggilan "kita", "orang" bagi membahasakan diri apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa . Oleh yang demikian, penggunaan panggilan dalam keluarga berbeza mengikut adat, budaya, situasi dan sebagainya. Panggilan dalam keluarga anda pula bagaimana??

contoh panggilan dalam keluarga
ayah, abah, papa
ma, mama, ibu, emak
along
angah
acik
alang 
adik