Wednesday 14 March 2012

SITUASI 9: BAHASA HALUS

Situasi bahasa seterusnya yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah bahasa halus. Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan  segala strategi untuk memaniskan percakapan. Terdapat beberapa tujuan penggunaan bahasa halus ini antaranya menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dalam perhunbungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat, umur, keakraban antara penutur dan pendengar turut mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama diri ini.Kebiasaanya bahasa kiasan atau peribahasa juga digunakan sebagai medium bahasa halus ini. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. 

contoh penggunaan bahasa halus
mati-meninggal dunia
orang gaji-pembantu rumah
kencing-buang air kecil
berak-buang air besar
bunting-mengandung
isteri-orang rumah
suami-bapa budak
jamban-tandas

"kesantunan berbahasa"


Situasi
Fazira: Salina jom pergi jamban kejap. Saya nak betulkan tudunglah..
Salina : Jom..aku pun nak kencing jugak ni..
Berdasarkan situasi diatas, terdapat penggunaan bahasa kasar dan tidak sepatutnya digunakan iaitu jamban yang sepatutnya ditukar kepada tandas dan kencing ditukar kepada buang air kecil.  Pada pendapat saya, sebagai orang Melayu, kita haruslah mengekalkan kesantunan dalam berbahasa apabila berkomunikasi. Penggunaan bahasa halus lebih manis didengar terutamanya apabila orang perempuan bercakap. Penggunaan bahasa yang salah boleh menyebabkan kita dianggap tidak sopan dan tidak beradab terutamanya semasa berada di dalam situasi formal.