Situasi yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah mengenai perbualan yang terjadi semasa menaiki lif di kolej kediaman iaitu Kolej Harun Aminurrashid .
A : Ko tau betina tu mesej aku..warning supaya xganggu pakwe dia..
B : Dah ko tau betina tu tak dek akal, buat apa ko layan??A : Masalahnya, dia mesej aku berulang kali, apa lagi..hangin satu badan la.,
B : Betina tu gila agaknya pakwenya dah tak sayang kan dia..
A&B : Hahahahaha
Terasa panas telinga saya mendengar perbualan tersebut. Tidak sabar rasanya ingin cepat sampai ke bilik dan tidak sanggup mendengar perbualan mereka.
seindah hiasan adalah wanita solehah |
Pada pendapat saya penggunaan perkataan 'betina' itu yang tidak sesuai diberikan kepada seorang perempuan. Hal ini demikian kerana perkataan tersebut hanya sesuai diberikan kepada binatang. Tidak manis rasanya memanggil seorang perempuan itu dengan panggilan 'betina'. Seburuk mana pun seseorang itu, dia tetap seorang makhluk Allah. Apa rasanya bila orang memanggil kita dengan betina?? Mesti kita rasa terhinakan? Kesimpulannya, jagalah bahasa kita semasa berkomunikasi. Bahasa cerminan budaya.