Wednesday, 21 March 2012

~SITUASI 13 : MENCARUT DAN MENYUMPAH SERANAH BUDAYA SIAPA??~

Situasi yang ingin saya kongsikan hari ini ialah mengenai budaya masyarakat kita dalam berkomunikasi iaitu mencarut dan menyumpah seranah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat status-status di laman sosial malah dalam perbualan seharian sudah tidak menggunakan bahasa yang sopan terutamanya bila emosi menguasi diri. Perkara ini bukan sahaja terjadi dalam kalangan remaja malah orang dewasa sendiri turut menggunakan bahasa kesat sebegini semasa emosi tidak terkawal. 

"jangan mencarut"

"Mencarut merujuk kepada perbuatan memaki hamun ataupun pengluaran kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan ini hanya dapat mengurangkan rasa hormat orang terhadap diri kita sendiri. Dalam budaya Melayu itu sendiri, mereka yang mencarut dan bercakap tidak senonoh dianggap sebagai kurang ajar, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik dan sebagainya."

CONTOH-CONTOH BAHASA MENCARUT
*macam haram 
*pukimak
*bahlul
*bangang
*celaka
*babi
*siut
*sial 
*fuck
*shit 


Pada pendapat saya, jika kita hendak menegur atau memarahi seseorang, tidak salah sesekali kita berkasar, tetapi bukanlah dengan cara mencarut atau menyumpah seranah. Cukuplah kita menegaskan dengan meninggikan suara atau menegur dengan bahasa sopan. Sesungguhnya tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata dan disukai oleh ramai orang. Kata-kata yang baik meletakkan penuturnya disenangi dan dihormati pendapatnya. Sesungguhnya perbuatan mencarut dan menyumpah seranah hanya menjatuhkan martabat bahasa kita sendiri.
“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya”. (Hadits Riwayat Tirmidzi)