Saya di lahirkan di sebuah daerah kecil iaitu Besut, Terengganu. Namun begitu, kami penduduk Besut bertutur dalam dialek Kelantan dan boleh dikatakan saya tidak pandai bertutur dialek Terengganu tetapi masih memahaminya. Hal ini disebabkan daerah Besut bersempadan dengan daerah Pasir Puteh, Kelantan. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah mengenai kata ganda warna dalam dialek Kelantan. Biasanya penutur dialek ini akan menambahkan kata ganda kepada kata adjektif dibelakangnya.
contoh dialek Kelantan |
WARNA | KATA GANDA DIALEK KELANTAN | B.M STANDARD |
biru [# biru #] | ketu [# kətu #] | Sangat biru |
ija [# iǰa #] | kelong [# kəlɔɳ #] | Sangat hijau |
mԑ̃ghoh [# mɛ̃ɣɔh #] | meghe [# mẽɣɛ #] | Sangat merah |
klabu [# klabu #] | asak [# asaʔ #] | Kelabu asap |
putih [# putih #] | suih [# suwih #], lepok [# ləpɔʔ#] | Sangat putih |
kuning [#kuniɳ#] | lehe [# lɛhɛ #] | Sangat kuning |
ite [# itɛ #] | lengik [# ləɳĩʔ #], lege [# ləgɛ̃ #] | Sangat hitam |
Pada pendapat saya, setiap dialek mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Saya percaya, dialek-dialek lain turut mempunyai kata gandanya tersendiri. Satu kelebihan bagi seseorang itu jika dia memahami lebih daripada satu dialek.