Friday, 9 March 2012

SITUASI 5: PENGGUNAAN 'OK'

Penulisan kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian. Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan, mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Pensyarah subjek Karya Agung saya iaitu Prof Emiretus Abdullah Hassan sangat menekankan kepada pelajar-pelajarnya supaya menggunakan bahasa Melayu tinggi dan penggunaan ok didalam kelasnya tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan ok dapat kita lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut terbiasa dengan perkataan itu. Sewaktu merakamkan video pengajaran video untuk subjek (KPD 2056) minggu lepas, saya turut tersasul menyebut perkataan ok kepada pelajar-pelajar di hadapan saya.

contoh:
"saya : ok..cikgu nak kamu semua perhatikan teks yang diberikan, kemudian cari isi penting tentang keburukan merokok.."



Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok' ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. 


BAIKLAH (^____^)