Kemudahan dalam Sistem Pesanan Ringkas ataupun singkatanya SMS yang terdapat dalam telefon bimbit telah membantu mempercepatkan komunikasi dalam kalangan masyarakat hari ini. Komunikasi ini boleh bersifat formal dan tidak formal. Dalam konteks formal, SMS yang dihantar ditulis dengan ayat yang betul dan baik mengikut nahu dan ejaan rasmi namun dalam konteks tidak formal, lazimnya SMS yang dihantar menggunakan kata singkatan, simbol dan sebagainya. Antara faktor penggunaan singkatan dalam SMS adalah bagi menjimatkan masa dan kos penghantaran SMS itu. Saya tidak nafikan yang saya turut menggunakan singkatan semasa menghantar SMS ini semasa berkomunikasi, tetapi apa yang ingin saya kemukakan di sini adalah singkatan yang melampau semasa menghantar SMS.
"pengaruh teknologi" |
CONTOH BAHASA SMS
"slm..ko buwat pe?"
"acc,ak d 2 test minggu ni.."
"k..papehal roger ye.."
"aq otw p umah ko"
"uits..bila mau kuar jejln ag? buhsan r doq umah.."
Pada pendapat saya, tidak salah menggunakan singkatan dalam menghantar pesanan ringkas ini, tapi jangan sampai menyusahkan penerimanya kerana tidak memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Bayangkan anda sendiri berada dalam situasi tersebut. Sudah pasti anda merasa bengang jika tidak memahaminya kan? Namun, masalah ini dapat dibendung jika kita bersama-sama memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.
"hehe" |