Wednesday 18 April 2012

SITUASI 28 : BAHASA BAKU


"Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan” .Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut."


Kelebihan bahasa baku
a) Sebutan baku sebagai sebutan rasmi dalam situasi formal
Penyeragaman dalam sebutan akan menyebabkan bahasa Melayu dapatdigunakan di dalam pelbagai situasi yang formal. Malah bahasa Melayu akandapat menjadi bahasa ilmu di dalam bidang pendidikan apabila terdapatkeseragaman dari segi sebutan. Bahasa yang sebutannya seragam akanmenjadi lebih mantap dan dapat berkembang pesat..
b) Sebutan baku sebagai alat perpaduan
Penggunaan sebutan baku melalui media-media elektronik sekurang-kurangnya dapat merapatkan jurang di antara penutur-penutur berbilang dialek yang terdapat di negara kita. Dengan adanya hanya satu jenis sebutan, kaum-kaum atau kelompok-kelompok sesuatu dialek akan mudah berinteraksi danseterusnya akan wujud perasaan saling hormat menghormati. 
c) Sebutan baku memudahkan pembelajaran
Bagi yang hendak mempelajari bahasa Melayu, sebutan baku akanmemberikan kemudahan kepada mereka. Ini disebabkan sebutan baku bahasaMelayu adalah dituturkan berdasarkan ejaan memandangkan telah ditentukankeselarasan vokalnya. Jadi tidak timbul kekeliruan untuk menyebut sesuatu perkataan.
d) Sebutan baku memberikan identiti Malaysia
Apabila terdapat keseragaman di dalam sebutan, pasti wujudlah sebuahmasyarakat yang mempunyai identiti Malaysia. Bagi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia, aspek bahasa amat penting supaya Malaysia dapatmenonjolkan bahasa Melayu yang hanya terdapat satu jenis sebutan sahaja.Masyarakat antarabangsa akan mengenali Malaysia melalui bahasa Melayuyang mempunyai identitinya sendiri iaitu sebutan baku

Pada pendapat saya, tidak ada ruginya jika kita berkomunikasi dalam bahasa baku. Memang kita rasa janggal kerana kita sudah terbiasa dengan bahasa slanga. Bahasa baku ini harus diwajibkan kepada kakitangan kerajaan atau swasta yang sentiasa berkomunikasi dengan orang luar bagi memartabatkan bahasa ibunda kita.