Situasi yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah mengenai latah. Nenek saudara saya merupakan salah seorang yang mempunyai penyakit latah ini. Pantang disentuh, pasti keluar latah dari mulutnya dan sukar untuk memberhentikannya. Semakin diusik dan disergah semakin mejadilah latahnya. Beliau selalu menjadi bahan ketawa sanak saudara kami. Kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat keadaannya yang tak henti-henti melatah. Sebenarnya latah terjadi diluar kesedaran dirinya. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti bagaimana seseorang itu boleh melatah. Adakah ia sejenis penyakit atau sengaja dibuat-buat? Memetik kata-kata dari sebuah laman web hasil carian di GOOGLE :
Pada pandangan saya, jika kita mempunyai kenalan atau saudara terdekat yang mempunyai penyakit latah ini, kita seharusnya membantu mereka mengurangkan penyakit ini dengan tidak mengusik mereka. Kadang-kadang pesakit boleh membahayakan orang sekeliling jika terdapat sesuatu benda tajam di tangan mereka. Selain itu, pesakit juga adakalanya menyebut perkataan yang tidak senonoh seperti menyumpah seranah dan mencarut.
"Penulis puku American Normal : Lawrance Osbome pernah menyatakan jika masyarakat America Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda dan bangsa Melayu pula menghidap "penyakit" LATAH (hyperstartle syndrome)."Meskipun kumpulan perubatan masih belum menemui punca sebenar latah, tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Menurut Dekan Klinikal Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan , Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr.Azhar Zain, sistem saraf pusat yang dimaksudkan ituberlaku dibahagian tengah otak. Jelasnya lagi, apabila golongan ini disergah dengan serta merta, sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut, lalu melatah. Pada saat itu, berlaku sedikit konflik emosi dan memori. Sebab itulah, jika diperhatikan individu yang melatah bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak akan mengingati apa yang berlaku sepanjang insiden tersebut.
No comments:
Post a Comment