Thursday 22 March 2012

SITUASI 14 : BAHASA SINDIRAN~

Situasi yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah mengenai bahasa sindiran. Anda semua sudah tentu pernah kena sindir malah turut menyindir orang kan? Saya tidak nafikan, saya turut melakukan amalan tersebut jika tidak berpuas hati dengan sesuatu. Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak boleh disampaikan secara terus tetapi maksudnya boleh disampaikan dengan cara menyindir kan??
"Bahasa sindiran ialah bahasa atau perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disigung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka hendak menyebitnya terang-terang. "
"sindiran"

SITUASI 
A : Rumah kita semakin hari semakin bersepah lah..xde orang bertugas ke?
B : Yelah..sebesar-besar jadual bertugas ni..tak ada orang nampak kot..
A : Agak-agaklah..xmahu sapu sampah dan kemas rumah, buang sampah pun jadilah..xkan orang yang sama je brtugas setiap hari. Rumah kita, tanggungjawab kita. 
B: Siapa makan cili,dialah yang terasa pedasnya. 


Berdasarkan situasi tersebut, si A menggunakan bahasa sindiran bagi menegur ahli rumahnya yang tidak menjalankan tugas harian. Pada pendapat saya, bahasa sindiran ini ada baik dan buruknya. Yang baiknya, sesuatu benda itu dapat disampaikan secara berkias supaya orang yang melakukannya tidak berkecil hati dengan apa yang disampaikan oleh penyindir. Manakala yang buruknya, jika amalan sindir menyindir ini berterusan berlaku, ia juga boleh menyebabkan pergaduhan dan bertikam lidah antara satu sama lain. Sebolehnya, gunalah bahasa yang sopan semasa hendak menyindir bagi mengelakkan pergaduhan.

                                                         
  "budaya sindir menyindir"

No comments:

Post a Comment