Bahasa badan merupakan salah satu cara untuk menyampaikan sebuah komunikasi dan yang pasti bahasa badan ini sudah tentu difahami oleh penerimanya. Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji tentang bahasa badan dalam komunikasi manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan mesej cuma sekitar 7%, 35% bergantung pada suara, intonasi dan kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh lagi iaitu 55% bergantung kepada bahasa badan, memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan. Disini dapat saya senaraikan beberapa bahasa badan yang sering kita lakukan dalam komunikasi seharian.
Dia melihat diluar tingkap dan melihat orang lalu : Mungkin dia ada komitmen lain diluar atau rasa sesuatu lebih penting.
Melihat tepat kemuka kita bila kita bercakap : Mungkin dia nak tahu cerita selanjutnya.
Lihat jam di tangan atau didinding : Mungkin kesuntukan masa yang dirancang ataupun dia tiada masa untuk layan anda.
Memandang ke atas, meletakkan tangan di dagu, merenung kawasan yang kosong atau menoleh kekiri atau kekanan secara perlahan : Mungkin dia sedang berfikir untuk membuat pertimbangan idea anda.
Mimit muka, berkerut, mengerut kening : Mungkin dia tidak percaya atau curiga kata-kata kita itu.
Menarik nafas dalam, menggeliat : Mungkin dia mula bosan dengan cakap anda.
Membuat kerja lain ketika anda bercakap : Mungkin dia rasakan apa yang anda cakapkan tidak penting ataupun dia sengaja tidak mahu ambil perhatian atau bosan.
Berpeluk tubuh ketika berbincang : Mungkin ada sesuatu rahsia yang disimpan dan disorokkan dari pengetahuan anda.
Pada pendapat saya, kadang-kadang secara tidak langsung dan tidak sedar kita menggunakan bahasa badan dalam komunikasi seharian. Melalui bahasa badan, sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan jelas. Namun begitu, tidak semua bahasa tersebut difahami oleh penerimanya. Hal ini kerana, bahasa badan hanya difahami oleh orang yang biasa menggunakannya sahaja.
No comments:
Post a Comment