Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai satu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara disamping untuk tujuan menyindir , berjenaka, memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Namun apa yang saya ingin kongsikan pada situasi hari ini ialah mengenai fungsi pantun yang digunakan sebagai wadah komunikasi semasa majlis perkahwinan.
Adat perkahwinan biasanya dimulakan dengan acara merisik. Pada masa ini, keluarga sebelah lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang dihajati. Permulaan majlis akan dimulakan dengan sesi jual beli pantun antara kedua-dua belah pihak. Contoh pantun :
"moga cepat dapat jodoh" |
Waris perempuan menjual: 1)
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dipohon nangka
Bukan sembah sebarang bersembah
Sembah dengan adat pusaka
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dipohon nangka
Bukan sembah sebarang bersembah
Sembah dengan adat pusaka
Wakil lelaki membeli: 1)
Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah
2)
Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati
3)
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Kemudian wakil lelaki menjual: 1)
Kambing saya di balik pintu
Makannya ke darat rumah
Sirih saya sirih bertentu
Makannya tidak berkunyah
Waris perempuan membalas: 1)
Saya tidak tahu rebana
Dapat setindih tekan-menekan
Saya tak tahu senda makna
Sirih diberi saya makan
Dapat setindih tekan-menekan
Saya tak tahu senda makna
Sirih diberi saya makan
Wakil lelaki menerangkan maksud hajatnya dengan mendalam: 1)
Terjun ke air lalu berenang
Jatuh ke lubuk lalulah mati
Persembahan tanda sirih meminang
Tetapi tiada dengan seperti
2)
Rumah kecil paranya lima
Tempat menyalai ikan kerinci
Ayohai encik saya bertanya
Berapa harga intan disana
Waris perempuan menjawab: 1)
Tali kail panjangnya lima
Akan pengail ikan tenggiri
Tujuh tahil sekati lima
Itulah harga intan di sini
Wakil lelaki memberi kesungguhan untuk meminang dan memberi jaminan: 1)
Kalau tidak rengas di tanjung
Pandan di hulu direbahkan
Kalau tidak emas dikendong
Badan dahulu diserahkan
Jika diterima, waris prempuan akan menyata: 1)
Sapu tangan jatuh ke laut
Jatuh dengan kalas-kalasnya
Hulur tangan saya sambut
Satu tidak dengan balasnya
2)
Menyala sudah cahaya matahari
Lalu sampai ke birai telaga
Muafakat sudah seiya sehati
Tanda hidup kita berkeluarga
Lalu sampai ke birai telaga
Muafakat sudah seiya sehati
Tanda hidup kita berkeluarga
Pada pendapat saya, masyarakat Melayu mempunyai budaya yang unik dan menarik. Melalui adat berbalas pantun sahaja, suatu majlis perkahwinan menjadi lebih meriah dengan gelagat orang yang berbalas pantun ini. Namun begitu, amalan ini semakin dilupakan oleh generasi hari ini. Oleh yang demikian, kita haruslah menjaga warisan nenek moyang kita ini agar budaya ini terus kekal sepanjang zamn.
No comments:
Post a Comment