Saturday, 21 April 2012

SITUASI 30 : TANGGAPAN AWAL MASYARAKAT

Hari ini saya dan seorang sahabat saya pergi ke pasar malam membeli makanan untuk berbuka puasa. Ketika hendak pulang, saya terdengar perbualan sekumpulan pelajar UPSI yang mengatakan seorang pelajar UPSI meninggal dunia akibat bunuh diri. Walaupun saya terkejut dengan berita tersebut, namun saya masih tidak mempercayainya kerana munkin tersilap dengar berita atau berita palsu yang disebarkan sahaja. Maklumlah wartawan tak bertauliah lebih ramai daripada wartawan sebenar. Namun begitu, sesampai di rumah, kesemua rakan serumah saya berkumpul di ruang tamu dan topik utama mereka bercerita ialah mengenai kes bunuh diri. Berita tersebut telah tersebar meluas di laman "muka buku". Apa yang ingin saya kongsikan pada entry kali ini ialah mengenai tanggapan awal masyarakat kita apabila mengetahui sesuatu perkara. Antara tanggapan awal yang saya dengar mengenai kes ini ialah :

"kematian itu pasti"

1) munkin budak ni sakit jiwa kot..
2) tak ingat Allah 
3) bunuh diri tak bau syurga 
4) mesti gaduh dengan teman lelaki
5) mesti UPSI berhantu lepas ni
6) sianya...rupa cantik..tapi cetek akal
7) munkin dia kena tolak dari belakang
8) ada orang niat nak bunuhkan dia
9) munkin ada makhluk lain yang ada dalam dirinya 

Itu adalah tanggapan awal yang saya dengar dan baca dalam komen serta status di "muka buku" . Sebenarnya tanggapan awal ini semuanya tidak betul jika tiada bukti yang sahih dan kes ini masih dalam siasatan polis lagi. Tanggapan awal ini hanya mengaibkan mangsa dan pada pandangan saya, setelah melihat rupa arwah, semua persepsi dan tanggapan awal yang saya dapat tadi tidak benar. Apa yang saya perhati dari fizikal arwah, arwah seorang yang boleh dikatakan warak serta patuh perintah agama. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang berdasarkan kenyataan kawan-kawan rapatnya. Tapi saya tidak boleh menolak bahawa kemungkinan beliau mempunyai tekanan atau masalah yang kita tidak tahu sehingga mendorong beliau melakukan perkara tersebut. Apa yang saya harapkan, cukuplah menyebarkan berita palsu tentang kematian arwah. Cukuplah kita berdoa semoga arwah tenang di sana serta memperbaiki diri kita sendiri. Apa yang berlaku biarlah Allah dan arwah sahaja yang tahu. Innalillahiwainnailaihirojiun..daripadaNya kita datang...kepadaNya jua kita kembali. Semoga rohnya tenang disana. Amin..

ps: Kami mohon kpdMu perasaan rela menerima ketentuan takdirMu serta kedamaian hidup selepas kematian. Kami mohon kpdmu agar dapat melihat wajahMu yg mulia serta kerinduan utk bertemu dgnMu tanpa ada yg mhalangi diri kami.

No comments:

Post a Comment