Sunday, 29 April 2012

SITUASI 36: ISTILAH KURANG AJAR

Hari ini, saya berbual-bual dengan seorang rakan dalam telefon. Kami juga bergurau-gurauan sewaktu bercerita tentang kehidupan di universiti masing-masing. Tiba-tiba terpacul istilah ‘kurang ajar’ daripada mulut saya sewaktu bergurau senda dengan rakan tersebut. Rakan saya menegur supaya jangan menggunakan istilah ‘kurang ajar’ kerana akan menyinggung perasaan pendengar. Dia memberi alasan bahawa istilah tersebut membawa tafsiran ibu bapa atau guru tidak mendidik kita dengan baik. Dia juga menyatakan bahawa orang Melayu akan tersinggung sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada mereka.  Saya hanya menggunakan istilah tersebut dengan tujuan bergurau. 


Pada pendapat saya istilah seperti itu tidak harus digunakan dalam pertuturan seharian. Melalui situasi ini, kita boleh merumuskan bahawa penggunaan  sesuatu perkataan ataupun istilah dalam bahasa Melayu perlu berasaskan budaya masyarakat penutur atau budaya masyarakat pendengar. Ringkasnya, kita harus mengelakkan penggunaan istilah seperti ‘kurang ajar’ dalam pertuturan seharian supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Bahasa jiwa bangsa.

No comments:

Post a Comment