Tuesday, 13 March 2012

SITUASI 8: PENGARUH FILEM DALAM BAHASA

Sebut sahaja filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, pasti semua orang tersenyum. Filem arahan Mamat Khalid itu menjadi fenomena kepada semua golongan tidak kira tua, muda, malah kanak-kanak sendiri terikut dengan bahasa Perak Utara yang digunakan dalam dialog filem tersebut. Boleh dikatakan semua warga "mukabuku" terutamanya golongan remaja memberi pautan tentang bahasa yang digunakan dalam filem tersebut semasa memberi komen status rakan-rakan. Melihat situasi ini , dapat kita simpulkan betapa besarnya pengaruh filem terhadap penggunaan bahasa seharian . Masyarakat pada hari ini mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tidak di ketahui baik buruknya.

"hantu Kak Limah balik rumah"

Contoh bahasa dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

"Kak Limah"

Pada pendapat saya, pengarah sesebuah filem harus peka semasa menulis skrip selepas ini. Tidak salah unsur humor ditekankan semasa menulis skrip, namun kepentingan menjaga bahasa juga harus di titikberatkan. Hal ini demikian kerana, filem merupakan salah satu unsur yang mencerminkan keindahan dalam berbahasa malah dapat memartabatkan bahasa ibunda kita. Bahasa jiwa bangsa.

No comments:

Post a Comment